Followers

Braces !

salam ,

dulunya aku bukanlah seorang yang pemakai pendakap gigi tetapi setelah setahun lebih yang lepas aku merupakan pemakai gigi besi yang tegar . diatas nasihat nurse yang ketika datang merawat gigi semua pelajar , aku diberi surat untuk memasang braces . pada mulanya aku tak pernah terfikir langsung untuk pakai pendakap gigi ni walaupun aku sedar gigi aku yang tidak tersusun tu . walaupun malu untuk tayangkan gigi ketika ambil gambar tetapi aku senyum jugak sambil menunjuk gigi aku yang teruk tu . kadang-kadang aku rasa tidak berkeyakinan pada diri sendiri ketika bercakap dengan orang malah masalah terselit apabila sudah makan dan mempunyai masalah untuk menggosok gigi kerana ada yang tidak dapat digosok . dalam keluarga aku , hanya aku sorang je yang mengalami masalah gigi tidak teratur ni mungkin salah faktornya aku ketika kecil suka isap puting menyebabkan masalah itu berlaku . jika dilihat gambar-gambar aku sebelum memakai pendakap gigi ni , aku sendiri rasa segan dan malu untuk melihat gambar sendiri walaupun itu AKU ! tapi sekarang aku dah tak malu lagi untuk tengok gambar sendiri sebab gigi aku sudah teratur dan aku lebih rasa berkeyakinan dan nak gosok gigi pun tidak menjadi masalah lagi :D


sebelum memakai braces ! *segan*



selepas pakai braces ^^

No comments: