Followers

Nabila Aziz Punye Beloggg

Selamat pagi penduduk blogger sekalian ,

Dah lama aku tak menjenguk penduduk disini sebab jarang online dekat latop lebih banyak online dekat handphone sahaja . Bila dah lama tak update belog ni , nak tulis apa pun tiada idea , rasa macam baru kali pertama update pun ada . hehehe . oklah , aku tulis apa yang aku rasa dan ingin aku kongsikan okey . Pertama sekali aku nak cakap yang umur aku dah pun tambah 1 angka dari 18->19 tahun pada 26/01 iaitu semalam . hehehe . ramai yang wish tapi antara wish yang paling istimewa yang aku dapat ialah dari mak aku . hehe . biarpun mak aku lupa sebab sibuk tapi seronok sebab mak wish . biarpun tiada hadiah yang mak aku berikan , cukuplah doa sudah cukup bermakna bagi aku . Lepas tu ramai lagi kawan-kawan aku yang wish , yang nyanyi untuk aku pun ada . so sweet diaorang ni . hehehe . aku rasa terharu dengan diaorang . thanks kawan-kawan !  habis satu cerita , cerita lain pulak sekarang ni aku ada dekat melaka . hari isnin baru balik . rasa seronok dapat balik , dapat makan yang sedap-sedap pulak tu . hahaha . aku macam orang kebulur yang dah lama tak makan . hahaha . makan tak ingat dunia langsung ! lepas tu bangun tidur pun lambat , macam qadak balik tidur yang tak puas masa dekat poli tu . hahaha . buruk perangai ! pastu benda wajib bila balik melaka , mesti perjalan-jalan dengan bff aku . semalam aku keluar dengan hana dan amin . saja je jalan-jalan tengok apa perubahan melaka ni . hehehe . almaklumlah , perantauankan . nanti balik lagi masa raya cina jelah , sedihnyaaaaa :(
kehidupan sebagai pelajar yang jauh dari negeri sendiri , macam nilah . selamat aku bukan dapat dekat perak ke atau mana-mana yang lebih jauh . kalau tu lagi lah aku tak balik melaka . oh , tak sanggupppppppppp !
bersyukur sangat dapat pahang je , kira dekatlah jugak dengan melaka . hehehe .
esok aku baru balik poli , orang lain hari ni dah balik tapi aku esok , sweettttt sangatkan . hahaha . sebab aku ada appoinment gigi ! tak sabar sangat nak jumpa doktor gigi . nak tukar getah warna lain . sebab dah berapa kali dah aku tak dapat pergi appoinment tu hanya sebab nak masuk poli lah ni . esok tak kira , nak jumpa doktor gigi jugak !!
okeylaa , nanti aku update lagi . ni jawab quiz pun belum lagi , semuanya kelaut sebab dah layan belog dengan facebook . hahaha . assalamualaikum :D


hana and me :)


Meet my gegurl !

Salam ,


semalam hari aku meluangkan masa dengan gegurlsss aku yang dah lama tak jumpa tuh . yela , bila semua da masuk belajar , busy semacam je kan . waktu semua cuti je baru dapat keluar sama-sama ! bila semua dah jumpa , memang bisinglah kitaorang ni . tapi sedih bila ada 3 orang lagi tak dapat join . nava pergi lunch untuk christmas , shalin ada kelas dan atikah tak ada duit . haishhh , atikah tu dah lama kitaorang tak jumpa . sombong pun ada tapi abaikan jelah pasal tu . semalam kitaorang pergi MP dan DP je , tempat lepak yang famous lah bagi orang melaka . kitaorang pergi jalan-jalan , carik baju , cuci mata dan makannnnnnnnnnnnn ! hahaha :P rasa seronoklah dapat pergi jalan sama-sama walaupun bukan beli barang sangat pun . hee . lepas dah jalan-jalan tu , kitaorang plan nak pergi makan . bincang punya bincang , last-last pergi makan dekat johny sebab ada yang nak makan nasi . rasanya dekat situ semua ada walaupun situ lebih kepada steambot . ada yang makan nasi dan ada yang makan steambot . kitaorang amik yang set , boleh makan untuk 4 orang . tapi yang makan lebih daripada 4 , tapi dah cukup banyaklah . rasa kenyang lah makan steambot , dan macam-macam ada untuk disteambotkannya tu . heee . supnya pulak 1 ayam dan 1 lagi tomyam . bagi aku dua-dua sedap sebab terasa kuahnya . bila tengah makan tu , masing-masing dok risau pasal bil nak bayar . hahaha . kalau tengok pada set steambot yang untuk 4 orang tu rm59.90++ . aku punya bajet mesti dalam rm70 macam tu jelah kalau bayar nanti . walaupun masing-masing sibuk fikir pasal bil , tapi makan tak berhenti-henti . hahaha :P sampai rasa sangat kenyang dan tak muatlah perut nak makan lagi . hehe . lepas sudah makan , nak pergi bayar bil lah . aku lah yang pergi bayar sambil dibackup member sebab takut tak cukup . kalau tu mana nak cekau duitnya tu . hahaha . bila pekerja johny bagi je bil , masing-masing tebeliak mata bila total semua rm130 genap-genap . wow , berapa murahnyaaaaa ! *sambil tangan keatas dan mulut disengetkan* lepas je bayar , terus keluar dan kira duit baki tu . tapi rasa seronokla , next time boleh makan lagi dekat situ . tapi pastikan kocek anda penuh dengan duit ye , bukan dengan kertas ! hahaha :P 



sebelum makan johny 

]
masa dekat johny

muka laparrr . hahaha :P

okey , itu saja cerita aku setakat ini . kalau ada aku story lagi .
note kaki : risau assignment tak siap dan tak reti buatttttt :(




Pahang--->Melaka--->JB

Salam petang ,

Harini baru sempat nak update belog sebab dari hari sabtu hingga ke hari ahad aku sangatlah busyy . dah macam pelarian pulak bila diingatkan semula . haha :p 
kisah aku bermula dari Pahang--->Melaka--->JB . hari sabtu , pukul 7.30 macam tu aku keluar untuk tunggu bus untuk ke terminal . masa tengah tulis nama dekat guard , aku terdengar bunyi bus . hati jadi tak tentu arah , aku cepat-cepat lari turun bukit sebab nak kejar bus punya pasal . pagi-pagi dah berpeluh macam berjogging . hahaha . tapi selamat driver bus tu nampak , si anis dengan eiyra pun aku tak sempat nak salam sebab nak kejar bus punya pasal . hehe . bila tiba terminal , aku terus tunggu dekat tempat bus , sorang-sorang pulak tu . muka macam dah biase je . hihihi :p dalam bus aku ni dok berbual dengan orang sebelah aku , lelaki chinese . lepas bebrapa jam dalam bus , aku tiba melaka . tiba je rumah , anak buah aku masing-masing excited datang dekat aku . semua rindu dekat aku , yola dah 2minggu tak ada dekat rumah . hehehe . lepak sekejap dengan family , aku siap-siap untuk pergi JB pulak . dalam pukul 4.30 macam tu dah gerak pergi JB sebab akak aku ada buat akikah untuk anak dia , amar mikail <3
penat balik dari pahang pun tak hilang lagi , lepas tu dah pergi JB . bermalam dekat rumah pun tak sempat lagi sebab pergi JB . malam dalam pukul 9 malam macam tu baru tiba rumah makcik aku dekat tampoi . esoknya baru pergi pontian untuk majlis aqiqah amar mikail . rindu sangat dekat amar mikail , dah semangat dah badan dia + botak . hahaha :p tapi tetap comel yeee :)
aku ni cuti seminggu je , tah bila balik lagi . sob sob :'( lepas tu assignment ada banyak pulak tu . tidur yang hari tu pun tak dapat nak qadak lagi . hahahaha :p badan pun lenguh-lenguh , kalau dapat urut pun mesti syokk ! tapi itu semua angan-angan . heee . tak tahu nak cakap apa lagi , jomlayan gambar jelah . hehe :)



with ainul jazmine .

mak & amar mikail .

aku dan amar <3


p/s : terima kasih sudi luangkan masa disini :)