Followers

Meet my gegurl !

Salam ,


semalam hari aku meluangkan masa dengan gegurlsss aku yang dah lama tak jumpa tuh . yela , bila semua da masuk belajar , busy semacam je kan . waktu semua cuti je baru dapat keluar sama-sama ! bila semua dah jumpa , memang bisinglah kitaorang ni . tapi sedih bila ada 3 orang lagi tak dapat join . nava pergi lunch untuk christmas , shalin ada kelas dan atikah tak ada duit . haishhh , atikah tu dah lama kitaorang tak jumpa . sombong pun ada tapi abaikan jelah pasal tu . semalam kitaorang pergi MP dan DP je , tempat lepak yang famous lah bagi orang melaka . kitaorang pergi jalan-jalan , carik baju , cuci mata dan makannnnnnnnnnnnn ! hahaha :P rasa seronoklah dapat pergi jalan sama-sama walaupun bukan beli barang sangat pun . hee . lepas dah jalan-jalan tu , kitaorang plan nak pergi makan . bincang punya bincang , last-last pergi makan dekat johny sebab ada yang nak makan nasi . rasanya dekat situ semua ada walaupun situ lebih kepada steambot . ada yang makan nasi dan ada yang makan steambot . kitaorang amik yang set , boleh makan untuk 4 orang . tapi yang makan lebih daripada 4 , tapi dah cukup banyaklah . rasa kenyang lah makan steambot , dan macam-macam ada untuk disteambotkannya tu . heee . supnya pulak 1 ayam dan 1 lagi tomyam . bagi aku dua-dua sedap sebab terasa kuahnya . bila tengah makan tu , masing-masing dok risau pasal bil nak bayar . hahaha . kalau tengok pada set steambot yang untuk 4 orang tu rm59.90++ . aku punya bajet mesti dalam rm70 macam tu jelah kalau bayar nanti . walaupun masing-masing sibuk fikir pasal bil , tapi makan tak berhenti-henti . hahaha :P sampai rasa sangat kenyang dan tak muatlah perut nak makan lagi . hehe . lepas sudah makan , nak pergi bayar bil lah . aku lah yang pergi bayar sambil dibackup member sebab takut tak cukup . kalau tu mana nak cekau duitnya tu . hahaha . bila pekerja johny bagi je bil , masing-masing tebeliak mata bila total semua rm130 genap-genap . wow , berapa murahnyaaaaa ! *sambil tangan keatas dan mulut disengetkan* lepas je bayar , terus keluar dan kira duit baki tu . tapi rasa seronokla , next time boleh makan lagi dekat situ . tapi pastikan kocek anda penuh dengan duit ye , bukan dengan kertas ! hahaha :P 



sebelum makan johny 

]
masa dekat johny

muka laparrr . hahaha :P

okey , itu saja cerita aku setakat ini . kalau ada aku story lagi .
note kaki : risau assignment tak siap dan tak reti buatttttt :(




No comments: