Followers

Surat oh Surat !

SALAM ,

rasanya dah lama aku tak update belog ni , bukan apa tak ada idea apa yang nak diceritakan . kalau tu pun asyik buka FB tapi tetap bosan . hahaha . cerita pasal tajuk belog aku hari ni pasal surat , ye SURAT ! aku ni sedang menunggu surat dari POLISAS tapi tak sampai-sampai lagi . surat maklum balas tu mulai dipos 8/10 tapi surat aku tak sampai lagi . dahlah tengah excited nak dapat surat ni , hehehe , tapi masuk belajar bulan 12 . tak lama lagi je tu ! kawan aku semua dah sambung belajar dan dah nak abis sem 1 tapi aku bulan 12 baru nak masuk sem 1 . hahaha , kesian dekat diri sendiri ! harap sangat minggu depan surat tu dah tiba :P aku sangat teruja untuk belajar course yang aku dapat tu iaitu TEKNOLOGI MAKANAN . bunyi macam seronok tapi lepas aku google nak tahu belajar pasal ape , sekali tengok ada kena belajar KIMIA , BIO & lain-lain seperti aku form5 dulu . aku fikirkan boleh lari daripada SUBJEK KILLER tu bila sambung belajar tapi sekali amik kau , tetap kena belajar jugak nanti . memang beronok-ronok lah aku belajar -.-' tapi orang kata bila sambung belajar , dia lain sikit tak sama waktu sekolah dulu ? harap-harap begitulah & semoga aku boleh bawak course tu . sangat risau ! tapi tetap kena fikir positif , pasti ada hikmah aku dapat course tu kan . insyaallah amin . tetiba terbayang aku belajar dekat sana , dahlah sorang-sorang namun apakan daya member aku dapat lain-lain . tapi tak pe nanti mesti dapat kawan baru jugakkan . harap dapat yang sekepala macam aku jugak . kihkihkih :P bila cakap pasal kawan , aku rindu dekat group aku tu . dah lama tak bersua muka , almaklumlah masing-masing sibuk belajar . bila cuti sem je , ada yang dah cuti dan ada yang belum . jadi nak berjumpa tu memang susah . betul kata orang , waktu sekolah adalah waktu paling seronokkk sebab semua boleh buat sama-sama tapi bila dah sambung belajar masing-masing sibuk dengan hal sendiri . mahukan sms atau telepon , berjumpa lagi lah tak jawabnya ! apa-apa pun semoga persahabatan kitaorang kekal sampai bila-bila & berharap kitaorang tak melupakan antara satu sama lain , amin . 

No comments: