Followers

Goodbye SEPTEMBER , welcome OCTOBER !

SALAM ,
Hari ni masuknya bulan baru iaitu bulan oktober dan berakhirlah bulan september . Pada bulan september macam-macam yang berlaku , ada yang gembira dan ada jugak yang sedih .  Namun semuanya berjalan dengan lancar . Pada bulan september merupakan bulan yang diduga oleh keluarga kami . Beberapa minggu lepas , aku dengan dengan family aku iaitu abah , mak , anak-anak buah seramai 3 orang dan kakngah pergi ke kenduri kahwin di Bangi Golf Resort . Ketika kami nak pergi ke rumah kawan mak , kami mengalami kemalangan namun selamat tiada sebarang kecederaan yang berlaku . Kenderaan yang dibelakang kami sempat brek emergency . Apa pun , aku bersyukur semuanya selamat . Ini pulak lagi 1 cerita yang baru berlaku jumaat lepas . Kakngah aku masuk hospital sebab dia keguguran . Pada mulanya dia ingatkan dia period dan keluar darah banyak sangat sampai dia hampir pengsan . Lepas tu , mak dan abah cepat2 pergi bawak kakngah pergi hospital . Bila doktor check , doktor kata kakngah mengandung tapi kakngah aku menidakkannya . Doktor tak puas hati then buat ujian air kencing & keputusannya positif . Kakngah aku sendiri tak tahu yang dia sebenarnya dia  mengandung dah 3bulan . Mungkin bukan rezeki dia kali ni tapi yang penting dia selamat . Sekarang dia dekat hospital , kalau doktor kata dah sihat baru dia keluar . Semoga kakngah cepat keluar & sembuh . Amin 
Pada bulan september bukan ada berita sedih je tapi ada jugak yang gembira . Pada 24/09/2012 aku baru dapat anak buah baru . hehehe . Makin bertambah anak buah aku yang sedia ada tu dan kesemua sekali ada 12orang . Insyaallah , tahun depan aku akan dapat anak buah lagi sebab abang aku yang kahwin 8/9/2012 tu , bini dia dah mengandung . lagi meriahlah rumah aku nanti *suka* aku suka kalau rumah aku meriah ni , nak2 kalau hari raya . seronok sangatttttttttttttt :P
Apa-apa pun aku harap pada bulan oktober ni semuanya berjalan dengan lancar  & berharap bulan ni akan menjadi bulan yang bermakna sekali . hehehe . Sebab bulan ni bulan yang bermakna bagi aku ^^,


P/S : INI DIA ANAK BUAH AKU ! HEHE :P

AHMAD AMAR MIKAIL ^^,

2 comments: